Kolej Vokasional di Pantai Timur
KUALA TERENGGANU : 6 buah kolej vokasional yang baru termasuk 3 di Pantai Timur yang masih dalam pembinaan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM328.4 juta, dijangka beroperasi tahun depan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, apabila siap, lebih ramai pelajar berpeluang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan, seiring dengan minat atau kecenderungan mereka.
Pembinaan kolej
“Pembinaan kolej di Pasir Puteh, Kelantan melibatkan kos RM56.9 juta manakala di Hulu Terengganu (RM56.7 juta) dan Pekan, Pahang (RM59.4 juta). Tiga lagi di Johor iaitu di Pagoh, Pasir Gudang dan Tanjung Piai melibatkan kos keseluruhan RM155.4 juta,” katanya.
Dalam majlis itu, Majlis Pengetua Kolej Vokasional dan SMT menyerahkan bantuan RM10,000 kepada Kementerian Pendidikan untuk diagihkan kepada 333 warga kerja kolej yang terjejas semasa banjir melanda baru-baru ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kolej Vokasional dan Pengetua Sekolah Menengah Teknik (SMT) Zon Terengganu, Kelantan dan Pahang di Kolej Vokasional Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.
Senarai kolej vokasional di seluruh negara
Ketika ini katanya, terdapat 80 kolej vokasional di seluruh negara dan jumlah itu masih belum mencukupi kerana semakin ramai pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang vokasional serta teknikal.
“Memandangkan kolej vokasional sedia ada tidak mampu menampung permintaan, pembinaan enam kolej baharu itu adalah wajar dan dijangka siap secara berperingkat,”ujarnya.
“Semakin ramai yang cenderung untuk mengikuti bidang-bidang berkenaan dengan perubahan persepsi masyarakat yang sebelum ini menganggapnya sebagai pilihan kelas kedua. Bidang ini mempunyai potensi pasaran kerja yang sangat luas.
Sementara itu, mengulas tentang kolej yang terjejas teruk akibat banjir, beliau berpuas hati dengan kerjasama dan sokongan semua pihak dalam memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian seperti biasa.
Menghasilkan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional yang berkualiti melalui :
Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti
Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid
Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan
Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.
Antara senarai kursus yang di tawarkan :-
1 Teknologi Automotif
2 Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
3 Pemesinan Industri
4 Teknologi Kimpalan
5 Teknologi Elektrik
6 Teknologi Elektronik
7 Teknologi Binaan
8 Fesyen dan Membuat Pakaian
9 Seni Kulinari
10 Kosmetologi
11 Hortikultur Hiasan
12 Landskap
13 Mekanisasi Agro
14 Agroindustri Tanaman
15 Agroindustri Ternakan Ruminan
16 Agroindustri Ternakan Poltri