ISTERI ALLY ISKANDAR JELASKAN STATUS HALAL PEPERO
Isteri kepada Ally Iskandar atau dikenali ‘Farah Lee’ telah menjelaskan status kehalalan PEPERO yang suatu ketika pernah diragui kerana terdapat bahan-bahan yang mencurigakan. Ikuti status beliau:
Ramai yang bertanyakan saya tentang status kehalalan PEPERO, snek yang diimport dari Korea yang makin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Pengalaman 5 tahun di Korea, kami, pelajar di sana, kebiasaannya akan terus menghubungi syarikat pengeluar makanan sekiranya ada ragu-ragu dalam bahan-bahan yang digunakan (animal or plant based etc).
Baru-baru ini, kecoh tersebar keratan emel dari director Korea Halal Assosiation tentang ‘PEPERO tak halal’ kerana tiada logo halal. Ya, memang PEPERO tiada logo halal.
Related Post: PENGAKUAN SEORANG ISTERI YANG CURANG
Tetapi pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN.
Jadi, harapnya, jelaslah bahawa kesemua jenis PEPERO (kotak hijau, kuning, merah etc) adalah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Namun, kepada sesiapa yang masih was-was, disarankan agar tidak memakannya dan tidak pula mempertikai mereka yang yakin memakannya (refer hadith Rasul saw).
Diharap pencerahan ini membantu dan mohon disebarkan. Jazakumullah khayr
*nota kaki: Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada ‘cop’ halal.
Regards,
Nurfarahin Romli