Blog

  • Kolej Vokasional di Pantai Timur

    Kolej Vokasional di Pantai Timur

    KUALA TERENGGANU : 6 buah kolej vokasional yang baru termasuk 3 di Pantai Timur yang masih dalam pembinaan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM328.4 juta, dijangka beroperasi tahun depan.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, apabila siap, lebih ramai pelajar berpeluang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan, seiring dengan minat atau kecenderungan mereka.

    Pembinaan kolej

    “Pembinaan kolej di Pasir Puteh, Kelantan melibatkan kos RM56.9 juta manakala di Hulu Terengganu (RM56.7 juta) dan Pekan, Pahang (RM59.4 juta). Tiga lagi di Johor iaitu di Pagoh, Pasir Gudang dan Tanjung Piai melibatkan kos kese­luruhan RM155.4 juta,” katanya.

    Dalam majlis itu, Majlis Penge­tua Kolej Vokasional dan SMT me­nyerahkan bantuan RM10,000 ke­­­pada Kementerian Pendidikan untuk diagihkan kepada 333 warga kerja kolej yang terjejas semasa banjir melanda baru-baru ini.

    Beliau berkata demikian sele­pas mempengerusikan Mesyua­rat Pe­ngarah Kolej Vokasional dan Pengetua Sekolah Menengah Tek­nik (SMT) Zon Terengganu, Ke­lan­tan dan Pahang di Kolej Vokasional Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.

    Senarai kolej vokasional di seluruh nega­ra

    Ketika ini katanya, terdapat 80 kolej vokasional di seluruh nega­ra dan jumlah itu masih belum mencukupi kerana semakin ramai pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang vokasional serta teknikal.

    “Memandangkan kolej vokasio­nal sedia ada tidak mampu me­nam­pung permintaan, pembi­na­an enam kolej baharu itu ada­lah wajar dan dijangka siap secara berperingkat,”ujarnya.

    “Semakin ramai yang cen­de­rung untuk mengikuti bidang-bi­dang berkenaan dengan per­ubahan persepsi masyarakat yang sebelum ini menganggapnya sebagai pilihan kelas kedua. Bidang ini mempunyai potensi pasaran kerja yang sangat luas.

    Sementara itu, mengulas tentang kolej yang terjejas teruk aki­bat banjir, beliau berpuas hati de­­ngan kerjasama dan sokongan semua pihak dalam memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian seper­ti biasa.

    Menghasilkan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional yang berkualiti melalui :

    Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti
    Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid
    Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan
    Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

    Antara senarai kursus yang di tawarkan :-

    1     Teknologi Automotif
    2     Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
    3     Pemesinan Industri
    4     Teknologi Kimpalan
    5     Teknologi Elektrik
    6     Teknologi Elektronik
    7     Teknologi Binaan
    8     Fesyen dan Membuat Pakaian
    9     Seni Kulinari
    10     Kosmetologi
    11     Hortikultur Hiasan
    12     Landskap
    13     Mekanisasi Agro
    14     Agroindustri Tanaman
    15     Agroindustri Ternakan Ruminan
    16     Agroindustri Ternakan Poltri

  • Pekerja Terpaksa Solat Secara Bersembunyi

    Pekerja Terpaksa Solat Secara Bersembunyi

    KULIM – Hampir setahun seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar ini yang hanya mahu dikenali Haiza, 28, terpaksa menunaikan solat secara bersembunyi di tempat kerjanya.

    Haiza yang juga terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa setelah kematian kedua orang tuanya berkata, sejak dari mula dia memperoleh pekerjaan tersebut pihak syarikat telah memberi peringatan mengenai perkara itu.

    Menurutnya, akibat terdesak dan memerlukan wang untuk menanggung perbelanjaan adik-beradiknya dia terpaksa menerima pekerjaan tersebut dan akur akan syarat itu.

    “Pada awal saya ditemu duga lagi pihak syarikat telah memberitahu tidak boleh solat di tempat kerja, namun saya terpaksa terima pekerjaan itu kerana keadaan mendesak.

    “Saya terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga dan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal supaya mudah untuk memantau adik-beradik saya.

    “Saya memang terkejut dengan syarat tersebut namun seorang staf di bahagian sumber manusia syarikat tersebut sempat berpesan supaya melakukan solat secara sembunyi,” katanya kepada Sinar Harian.

    Tambahnya, setiap kali tiba waktu solat dia terpaksa memastikan keadaan selamat dan tidak diketahui majikannya.

    “Saya tetap melakukan solat, namun kena cari masa sesuai dan memastikan keadaan selamat kerana bimbang saya hilang pekerjaan,” katanya.

    Katanya, bukan tidak cuba mencari pekerjaan lain namun kesukaran untuk mendapatkannya dan pernah berpengalaman mengalami nasib yang sama membuatkannya pasrah.

    “Saya bukan tak mahu cari kerja lain, saya sudah berusaha namun belum ada peluang,” katanya.

    Haiza berkata, bukan untuk bersikap perkauman namun ia adalah hakikat sebenarnya masih ada diskriminasi terhadap bangsa lain di negara ini.

    “Saya berharap ada pihak memantau perkara ini. Saya juga bercadang untuk mengadu kepada pihak berwajib tidak lama lagi,” katanya. – Sinar Harian Online

  • Besar kemungkinan BN kalah PRU depan – Tun Mahathir

    Besar kemungkinan BN kalah PRU depan – Tun Mahathir

    Walaupun pelbagai penerangan oleh Dato Sri Najib Tun Razak tentang 1Malaysia Development Bhd(1MDB) telah difahami dan diterima oleh ahli Umno tetapi kemungkinan besar BN akan kalah pilihanraya umum (PRU) akan datang.

    “Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

    “Ingatlah undi orang Umno  sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya,” kata Tun Dr Mahathir.

    Menurut Tun Mahathir, isu IMDB ini jika tidak dilakukan sebarang siasatan susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.

    “Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.

    Tun M turut menegaskan untuk menagkis segala dakwaan yang dilemparkan adalah tidak cukup kalau sekadar menafikan melainkan dilakukan siasatan.

    Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.

    “Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.

    “Dan jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna,” katanya. – Siakapkeli.com.my

  • KJ TUNJUK CARA PENGIRAAN YANG BETUL HARGA MINYAK!

    KJ TUNJUK CARA PENGIRAAN YANG BETUL HARGA MINYAK!

    Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.

    Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata “ini fakta…” Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. “Mesti Mamat ni betul.” “Logik juga dia tulis.”

    Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan ‘fakta’ beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

    Mungkin disini ada yang nak tulis, “OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni.”

    Baik.

    Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

    Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).

    Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

    – Kos operasi (9.58 sen/liter)
    – Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
    – Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
    – ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

    Jadi dengan mudah:
    MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

    Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.

    Di sini ada pula yang nak menyampuk, “Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik.”

    Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. “Kerajaan ale utoo” bagai.

    Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.

    Kita guna formula diatas.

    Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

    Kesimpulannya, semak semua ‘fakta’ dulu. Jangan cepat share. Think first.

  • Hukum Pegang Anjing – DrMAZA

    Hukum Pegang Anjing – DrMAZA

    ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA

    Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
    Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
    Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

    Samakan Dengan Anjing

    Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

    Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
    Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

    Islam Benci Anjing?

    Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
    Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

    Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
    Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
    Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

    Bolehkah muslim memiliki anjing?

    Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)
    Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
    Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

    Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

    Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
    Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

    Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

    Memelihara Anjing Dalam Rumah?

    Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

    Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

    Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
    Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
    Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

    Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

  • LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU DI MENARA PJD

    LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU DI MENARA PJD

    Perkara yang aku ingin kongsikan berkenaan Taska ni.. Mohon ibu bapa yang hantar ank2 ke taska..selalu la wat spotcheck. X kisah la taska mana pon. Tgk keadaan ank anda. Jangan mudah percaya kepada pihak taska walaupon penuh dinding taska dengan sijil2 dr JKM. Ni yang terjadi pada ank aku. Muhammad Ammar Farish, 3bulan. Bkn niat nk aibkan mana2 pihak tp jd kan sbgai pengajaran. Kat sini aku cite detail skt.

    Related Post: RISIKO KERJA LEBIH MASA

    Saya booking Taska ni dr sy hamil 5 bulan g. Dgr2 cite taska ni sgt tip top. Buka facebook taska ni pon sampai leh jatuh hati. X kisah la kena byr rm380/m pon janji jgaannya okey kan. Yang ptg ank kita selamat.

    22 mei 2014 – g ke taska tersebut untuk lihat keadaan taska. Masa dtg ni kul 3pm cmtu. Diorg tgh mandikan budak2. Masa melawat bilik baby, terpandang pengasuh A ni tgh bg bb mkn atas riba..then ade 1 baby g tgh menangis dlm keadaan telentang atas tilam x jauh dr pengasuh A. Tetiba pengasuh A ni tarik je tangan bb yg menangis tu ke arah dia. Depan mata aku. Terkejut aku sbb main tarik2 gitu je. Bkn nak bangun n dukung bb tu. Tp aku wat2 x nampak. Dlm hati aku masih think +ve g.

    30 mei 2014 – aku n suami g wat bayaran kat taska. Rm160(pendaftaran) + rm380(byrn bln jun). Total rm540.

    2 jun 14 – sepatutnya kami anta ammar ke taska..tp sbb ammar demam n dr kata ammar kena demam campak, aku tangguhkan dl selama 2 mggu. Mertua n adik ipar aku jaga ammar kat umah.

    Related Post: ISTERI MENGGILA MAIN ONLINE GAME

    16 jun 14 – 1st day anta ammar ke taska. Bekalkan susu badan tuk ammar. Ptg tu papa dia amik, diorg ckp ammar xnk minum susu. Suh aku tukarkan ke botol MAM. Alasan diorg puting mam lembut. Budak2 kat taska tu semua guna botol MAM. Bkn aku xnk bg..botol mam tu ade je kat umah, tp ammar rejek botol tu. Aku bg puting dr baby..rasanya lagi lembut dr puting MAM kan. Lagi pon aku siap2 letak semua susu dlm 5 storage botol. Diorg cuma perlu tukar puting je. Nk kata amar rejek dr baby, adik ipar aku yg belum kwen n xde sijil jkm tu leh je bg dia susu..habis je pon. Kena la sabar. Lain la kes klu sendal bantal atas dada biar je bb susu sendiri. Yg tu mmg x blh la..sbb ammar suka tolak puting dengan lidah. Balik tu aku tgk 4 botol susu dh kosong. 1 botol g dia letak poket tepi beg..susu yg dh dipanaskan tp x abis

    17 jun 14 – hari ke 2 anta ammar, pengasuh dia yg bernama ZAN( klu x silap la, sbb aku tgk nama ni yg tulis dlm buku harian ammar) ckp g pasal ammar xnk susu. Nk jgk suh aku tukar ke botol MAM. Aku tgk buku laporan ammar dia minum 3x je susu. Aku rasa pelik lak..bg 5 botol..mana g susu lagi 1 botol? Aku tye Zan ni..dia cam alih2 cite..then ckp oo kami bg skit2. Aku diamkan dl. Then aku g keje. Kul 3pm aku bw kakak ammar appointment ngn dr pakar kulit kat hosp pusrawi. Mula2 xnk amik ammar..tp aku tergerak hati nk amik awal. Tkt kng jmpa dr lambat plak. So sejam sblm amik aku dh call pihak taska ckp aku nk amik ammar. Kul 2.30pm aku sampai taska masuk bilik bb, aku cr mana la ammar ni..sekali aku tgk ammar ni tgh tdo sambil di bedung ngn selimut yg aku bekalkan. Ok lagi la klu bedungkan. Tp bedung tu sampai tutup separuh muka ammar. Nampak mata ke rambut je. Aku cpt2 buka kain bedung tu. Nak kata ank aku tarik selimut sampai ke muka, aku tgk tangan dia berbedung kat sisi. Cmne lak dia nk tolak selimut tu kan. Aku tgk kepala dia ade bintik2 merah. Aku tye kat pengasuh kat situ, dia ckp nyamuk gigit. Kat taska banyak nyamuk. Sejuk2 pon nyamuk ade kat sini..kami pon pakai ubat nyamuk letrik je la. Dh tu masa nk balik, aku terpegang tepi beg. Panas ya amat. Aku amik le benda yg panas tu, Ya Allah susu ank aku. Sepanas2 nya. Panas macam kita bancuh air panas tu. Klu tuang dlm mulut pengasuh tu kompom leh melecur. Yg paling aku sedih tu susu badan. Habis la zat2 susu tu rosak..ibarat anak aku minum air kosong je la. Aku pulun bgun 4.30am setiap hari wat power pumping sbb nk ank aku dpt zat dr susu ibu. Sampai taska sesuka hati je rosakkan susu aku tu n bg ank aku minum. Aku terus jmpa penyelia taska, k.ani. then aku bg dia pegang botol tu. Botol tu pon rasa lembik..sbb terlampau panas.

    Aku : kak, mmg cm ni ke taska panaskan susu?
    K.ani: eh, panas sgt ni. Salah dh ni. Rosak dh susu ni. Xleh panas cmni. Ni susu diorg panaskan tuk minum pas mandi la ni.
    Aku: panas sgt ni kak. Sama je cm sy bg air kosong kat anak sy. ( masa ni aku sebak sgt rasa). T akak tolong ye pesan kat pengasuh bg susu suam2 je.
    K.ani: ok2..t akak bgtau diorg.

    Aku pon g kat kete n gerak ke hosp pusrawi. Sampai kat parking pusrawi..aku amik susu td bg suami aku pegang..masih panas lagi. Bkn suam ye..tp PANAS. aku mula terpikir..klu la ank aku nk susu tetiba..cmne diaorg nk bg susu yg tgh panas sgt tu kat ammar. Ptut la duk ckp ammar xnk susu. Dh bg susu panas..sapa nk minumkan?

    18 jun 14 – aku anta ammar cam biasa. Tgk buku harian ammar..susu ari isnin tu dia tulis ammar minum 3 sesi. Tp hari ni aku tgk dia tambah kat bwh tu jd 4 sesi sbb aku pertikaikan mana g susu lagi 1 botol tu. Pandaikan diorg. Main ubah2 rekod. Aku pakaikan siap2 sweater. Taska tu sejuk. So dh pakai sweater..xperlula selimutkan dia lagi. Tkt jd cm smlm. Selimut tutup sampai hidung. Aku sampai2..tgk muka si ZAN ni bkn main ketat. Pastu aku ckp kat dia, kak xyh selimut la..smlm dh sampai tutup idung. Zan ni diam je terus amik selimut ammar, lipat n terus blah dr bilik bb. Mmg kurang adab betul. Aku ckp lembut je. Dia leh wat parent cmtu. Aku syak mesti sbb penyelia diorg tegur pasal susu smlm tu. Tp klu ikut adab..dia minta maaf la kan kat parent. Ni x..dia.lak wat muka ngan kita. Aku saba g sbb pk amar duk situ..tkt diorg buat pape kat dia. Balik tu suami amik ammar, zan ni buat gak muka ketat kat suami aku.

    19 jun 14 – aku anta ammar, nampak si zan ni suh kawan dia layan aku. aku letak je, ammar terus menangis. Lain mcm plak aku rasa.Cm biasa skt2 bab amar xnk botol tu..siap ckp kat aku klu mck dia jg ok..xde mslah la dia nk minum susu kat sini. Aih..cam aku menipu dia plak. Mmg la ammar x bpe nk minum susu dlm botol…tp klu ko bersabar skt..dia minum la. Aku dh xde mood dh.so aku ckp try la dlu.. Ptg suami aku amik, diorg bising lak kat dia pasal botol susu g. Siap cakap kat taska ni ade time2 minum susu. Bkn setiap masa. Agak2 la kan bb kot bkn toddler. Bb ni susu on demand. Klu time susu tu bb kenyang g..xkn nk paksa gak dia minum. Klu lom sampai masa nyusu n bb dh lapar..kena tggu la ye time nyusu. Bodohnya peraturan. Dh tu ckp ammar tdo kejap2. Pastu nangis. Ammar ni kuat berak..aku dh maklumkan. Setiap hari aku bekalkan 8 keping pampers.tp aku tgk yg luak 3 keping. Nampak sgt dibiar je pampers penuh br tukar..aku kenal ank aku. Sehari berak dekat 10x. Cmne nk tdo nyenyak klu dh bontot bertahi. Aku decide xnk anta dh..sakit ati sgt2. Then otw blik amar berak g. Suami aku tukar pampers dia. Buka2 pampers tgk ade mitten amar dlm tu. Mmg biadap sgt2. Logik ke benda besar tu xperasan ade dlm pampers. Bg aku ni khianat. Sj nk cabar aku. Mlm tu ammar demam. Sejak dr duk taska tgh2 tdo ammar mengigau nanges2..tdo pon terkejut2. aku syak mesti diorg de wat pape kat dia

    20 jun 14 – aku call owner taska en hussin, bgtau semuanya. Tp owner dia ckp kat aku cmne leh jd cmtu? Diorg dh lama keje ngn sy. Dr bilik bb xpnh ade parent yg repot..gaya dia cm aku reka2 cita la..pekerja cam hampeh..lagi ko nk ckp diorg okey. Puihh. Dh tu aku tye pasal byrn. Dia minta aku wat surat n ckp kata aku akan siasat perkara ni n akan amik tindakan. Siap.ckp. taska ni rekod beesih kat JKM

    20 jun 14 – aku anta surat keluarkan ammar dr taska. Aku bw ammar ke opis.

    25 jun 14 – aku call JKM KL n cite pasal taska ni. Xingat aku ckp ngn sapa. Tp perempuan. Dia tye aku pe nama taska ni. Aku ckp xpe la..xperlu sy bgtau. Xlama pastu dia ckp ni taska tempat keje kan. Under JKR ye?taska kat menara PJD kan. Aku tye cmne puan leh teka taska ni. Dia ckp dh ade beberapa org parent yg ngadu x puas ati ngn taska ni. Haaa.amik kau..rekod bersih konon. Pirahh. Dh tu ade jgk beberapa bekas parent bgtau taska ni mmg ade xpuas ati. Ank diorg x mandi la. Kebersihan x dijaga la. Baru la aku tau.

    14 jul 14 – baru aku dpt blik duit ank aku. Tu pon setelah menunggu bpe lama. Janji nk setel mggu lepas. Tp haram. Aku msg tye..xlama pastu dpt msg dr mybnk bgtau de transaction dr taska temanku ni rm224. Pye byk dia amik dr rm540. Ank aku just duk 4 hari je. Dh tu owner langsung x bls msg aku minta maaf lewat byr ke apa. No wonder la kan pekerja xde adab. Bos pon cmtu. Xpe la. Dia nk kaya cara cmtu. Mmg aku sumpah aku xhalalkan dunia akhirat. Apa yg pekerja2 dia wat kat ank aku..khianat diaorg pada ank aku..mmg aku x halalkan sampai mati. Korang merangkak la cr ank aku kat akhirat t..minta maaf ngn dia. Setiap titis susu aku yg korang rosakkan..aku x halalkan dunia akhirat..hak ank aku korng rosakkan.

    Alhamdulillah ammar dpt pengasuh yg baik. Walau mck tu xde sijil dr JKM..dia boleh jg ammar ngn baik. Ammar minum susu pon abis..xde masalh langsung siap mck tu suh tambah bekal susu sbb dia dh kuat nyusu. Berbeza kan org yg jaga budak penuh kasih syg disamping cr rezeki ngn org yg keje jg budak semata2 kerana duit.

    Walaupon org rasa ni perkara kecil..bg aku x..aku kecewa sgt2 bila ank aku di wat cmtu. Harap-harap ibu bapa lain pergi la tengok anak korg. Kesian mak2 perah susu tuk ank tp ank minum susu yg dh rosak khasiatnya. Jgn percaya 100% pada pihak taska. Tp Taskadarulhannan Masjid Wilayah mmg terbaik.

    Aku bersumpah demi Allh apa yg aku coretkan ni adelah perkara yg benar. Bkn rekaan aku tuk jatuhkan mana2 pihak. – PENGADU

    Sumber : My.Media.Online

  • SURAT TNB KEPADA PERDANA MENTERI TERSEBAR!!

    SURAT TNB KEPADA PERDANA MENTERI TERSEBAR!!

    Pasti ramai tidak tahu, bekas pengerusi TNB terdahulu, Tan Sri Ani Arope terpaksa letak jawatan kerana beliau membantah perjanjian IPP.

    Kejadian blackout di 5 negeri

    Apakah benar kejadian blackout itu satu kebetulan atau dirancang?

    6.5.2014 – Kejadian blackout 5 negeri dikatakan berpunca dari kegagalan 3 turbine di Manjung Power beroperasi. Ianya sesuatu yang luarbiasa telah berlaku.

    7.5.2014 – Akhirnya mesyuarat kabinet ambil keputusan luluskan project untuk YTL atas dasar direct nego tanpa diapunkan tender.

    16.5.2014-Najib melawat TNB.

    Kesan penyerahan projek ini pd TNB ialah YTL akan untung besar melalui perjanjian belian bekalan elektrik (PPA) dengan TNB. Dalam perjanjian dengan IPP terdahulu, TNB dipaksa terima perjanjian berat sebelah yang memang nyata merugikan TNB.

    Contoh:-  TNB beli kuasa dari IPP 19 sen seunit tapi TNB jual 15 sen seunit. Sedangkan kos operasi semua TNB tanggung dan IPP (penjana bebas) tidak menanggung apa-apa kos operasi malahan dapat subsidi minyak lagi.

    TNB akan terus tertekan menampung kos PPA yang tinggi utk dibayar pd YTL.

    Akhirnya TNB akan naikkan tariff atau rugi seperti apa yang berlaku pada MAS dan rakyat akan menyalahkan TNB sebab rakyat tidak faham apa yang berlaku.

    surat tnb1
    surat tnb2
    surat tnb3
    surat tnb4

    Sumber:Buletin terkini online

  • LOKASI KEJADIAN KES PELAJAR DIROGOL 38 LELAKI

    LOKASI KEJADIAN KES PELAJAR DIROGOL 38 LELAKI

    Seorang wartawan Kosmo memuat naik gambar rumah kosong yang dikatakan tempat berlakunya kejadian kes gadis 14 tahun diperkosa oleh 38 lelaki di Kelantan pada 20 mei lalu.

    Mangsa juga turut ditemani oleh dua orang rakannya yang merupakan saksi kepada kejadian itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

    KOTA BHARU – Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu.

    Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya.

    “Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga.

    “Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

    Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal.

    “Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah  tak endah.

    “Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.

    Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak.

    “Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek  tinggal tidak jauh dari kediaman saya.

    “Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya.

    Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini.

    Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan.

    Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa.

    Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai.

    Sumber:Nescafeais.com

  • TUDUNG FAREEDA MAWAR VS YUNA BELLA JADI TUMPUAN

    TUDUNG FAREEDA MAWAR VS YUNA BELLA JADI TUMPUAN

    Sekarang ini heboh lagi citer mengenai tudung Fareeda. Yang dikatakan meniru atau menciplak hak patern tudung Fareeda. Kalau dari pandangan aku sendiri, aku tak berapa minat sangat dengan tudung ne, bukan apanya mahal sangat baaahh, heee…lagipun pendek dan memang tak sesuai kalau aku guna. Saya lebih gemar memakai tudung bawal ataupun shawl yang bajet pun dalam RM30 kebawah dah berbaloi, dan macam-macam boleh di gayakan. Lagipun tudung bawal sekarang ne pun banyak jenis dah, macam-macam ada. Belambak kat pasaran, dan lebih murah okay, itu yang penting.. hihi

    Ok, tadi ada ternampak BeautifulNara buat entry berkaitan tudung bawal Mawar Fizo Omar dari Yuna Bella. Scrol punya scrol, macam menarik juga tengok tutorial yang di gayakan oleh blogger Yuna ne, creative juga, semacam dengan tudung Fareeda. heee..Boleh di cuba nanti ne, jadi tak lah buang duit, hahahhahaha…

    Nak copy picture kat BeautifulNara memang tak dapat, terpaksa satu persatu printscreen dan crop then edit semula, sebab rasa menarik pula kalau di buat entry, kot-kot nanti nak cuba, boleh tengok entry sendiri.

    Kepada blogger yunabella, thanks sebab buat tuto ne, cantik, menarik, tertarik, memang kebabom la. hahahhaha, rasanya marah tak kalau saya pinjam gambar awak kejap, hihi…femes kejap pun tak apalah..

    Untuk wanita yang memang kaki bawal, nah korang boleh praktikkan gaya ne, sebiji macam Fareeda, cuma bezanya murah dan gaya sendiri. hehehehe..Memang lawalah…conform nak try, mesti nampak cute kan. wwkwkkwkwkw….ok perasan, jum kenal Yunabella … ^^

    Sumber : hunyieda